I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 23, 2010

ANAK..

ANAK. Besar betul makna ANAK pada aku. Aku ni dari awal perkahwinan terlalu inginkan kehadiran cahaya mata , sebagai tanda kasih hubungan aku dgn suami. Tapi apa lah daya kami, berusaha dan berdoa tp rezeki tetap tidak memihak kepada kami. Sedih, sayu dan pilu bila tengok kawan2 update status kat Facebook, tangah pregnant , dah dapat baby comel. perasaan wanita mana kah yang takkan tersentuh, atau aku yang terlalu emosi. ? Dalam sebuah ikatan perkahwinan selain perasaan kasih sayang, cinta dan pujuk memujuk , anak adalah matlamat utama. Aku tak menyalahkan sape2, takdir mahupun suami atau diri aku. Apa yang terjadi semua ada hikmah disebaliknya. Apa yg tak kami usahakan, org suruh makan folic asid, aku telan. Produk biodex yg dicanang2 kan bagus aku dan suami ambil.. Produk kehamilan dari DCL dikatakan bagus, tanpa ragu aku makan. Kaedah tradisional urut-mengurut pon aku buat. Sekarang adik ipar aku cakap B complex dapat membantu pon aku ambil. Itu bukan usaha kah? Aku dah berusaha habis baik dan sehabis mampu. Aku berdoa agar usaha kami membuahkan hasil. Kami jugak merancang untuk bejumpa dgn pakar. Asal ada cara untuk memperolehi anak kami akan cuba. Ku harap ALLAH mendengar permintaan kecil hambanya ini. Amin ...

No comments:

my pets