I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, January 19, 2011

our first anniversary


tak sangka, pejam celik- pejam celik dah pon setahun aku memegang status isteri. huh..mcm tak pecaya kan..hahaha sungguh tak ku duga..memang susah nk bahagikan masa menjadi seorg isteri dan seorg wanita yg bekerjaya.

Friday, December 24, 2010






HARI RAYA YANG MULIA 2010





Walaupun dah lambat nak update pasal raya, tapi aku tak peduli nak update gak.hahahaha, raya tahu ni raya yang paling bermakna buat aku. Tahun ni aku beraya sebagai seorang isteri kepada En Mohd Denyzman Kamaruddin. Perasaan teruja tuh pasti ada, bukan selalu dapat perasaan ni, Anugerah tuhan semulajadi nih babe. Haha tahun ni kitaorg raya kat kampung belah aku kat Ulu Beranang. Complete berseragam hijau tahun ni satu family. Seronok sgt, ini pengalaman pertama dan terbaru dalam hidup aku. Pada sape yang dah rasa anda pasti tahu, jangan kata aku gedik plaks. Haahhaha walau pon memang kategori teruja yang menggila. Hahaha sonok sangat bila malam raya leh bertakbir ramai2 walaupon en hubby ku kepenatan krn bekerja sepanjang hari. Lovely hari raya. Love them much.


Thursday, December 23, 2010

ANAK..

ANAK. Besar betul makna ANAK pada aku. Aku ni dari awal perkahwinan terlalu inginkan kehadiran cahaya mata , sebagai tanda kasih hubungan aku dgn suami. Tapi apa lah daya kami, berusaha dan berdoa tp rezeki tetap tidak memihak kepada kami. Sedih, sayu dan pilu bila tengok kawan2 update status kat Facebook, tangah pregnant , dah dapat baby comel. perasaan wanita mana kah yang takkan tersentuh, atau aku yang terlalu emosi. ? Dalam sebuah ikatan perkahwinan selain perasaan kasih sayang, cinta dan pujuk memujuk , anak adalah matlamat utama. Aku tak menyalahkan sape2, takdir mahupun suami atau diri aku. Apa yang terjadi semua ada hikmah disebaliknya. Apa yg tak kami usahakan, org suruh makan folic asid, aku telan. Produk biodex yg dicanang2 kan bagus aku dan suami ambil.. Produk kehamilan dari DCL dikatakan bagus, tanpa ragu aku makan. Kaedah tradisional urut-mengurut pon aku buat. Sekarang adik ipar aku cakap B complex dapat membantu pon aku ambil. Itu bukan usaha kah? Aku dah berusaha habis baik dan sehabis mampu. Aku berdoa agar usaha kami membuahkan hasil. Kami jugak merancang untuk bejumpa dgn pakar. Asal ada cara untuk memperolehi anak kami akan cuba. Ku harap ALLAH mendengar permintaan kecil hambanya ini. Amin ...

DEMAM

musim demam skarang ni..aku dah masuk hari ke 6 demam, masih tak elok2 lagi..dak2 opis pon habis demam..tak larat sgt, tangkap sendi siap. oleh kerana terlalu tak tahan aku g klinik alam damai pas balik keje selasa aritu, ingat kan pegi ptg2 takde org, amek ko dekat 2 jam aku tunggu. Nak menangis dah aku tunggu turn. Tak tahan sendi2 suma dah nak cramp. Kene turn aku tak sampai 5 min, Doc bg ubat demam,batuk,selsema,antibiotik dan aku dapat mc. Sangat tak larat nak g keje. Aku bantai tido je sehari smalam, tapi demam still tak elok2. Apa nak buat kan ke sakit ni sebahagian dari hidup kita, Allah bagi kita sakit, sekurang2 nya terhapus sket titik2 hitam dalam hati kita ni. Redha je lah. Tapi demam ni mengganggu jugak kerja aku, ari ni aku datang keje ngan muka tak berapa nak sehat. Tp apakan daya kang mc lama2 kang tak boleh jugak org ingat kita ngelat lak walaupon kita betul2 sakit. Kadang2 orang lain punya angkara kita yang tak besalah ni dapat inbuhannya. Nasib ko lah badan. sekarang batuk masih bermaharajalela lagi ni dah tak larat nak telan ubat batuk. Ya allah sembuhkan lah sakit hamba mu ini segera..amin..

Wednesday, December 22, 2010

LAMA NYER..

lama nya aku tak update blog ..kesian..dulu asik nak menaip jer..tapi skang bukan sahaja malas menerajui hatiku malah ke'bz'an kerja membuat aku hampir tak cukup masa. aduhai..kalau dulu sampai pening kepala tak tahu nak buat apa kan telampau banyak masa.. Sejak aku stop menaip cerita hidup aku dlm blog kesayangan aku ni banyak sgt benda yg dah terjadi dalam hidup aku. Ada kisah sedey, kesah yang menarik, kisah suka duka hidup aku. Tu lah lumrah hidup. Yang terkini rasanya ermmmm skang dah pon bulan Disember. Sedar tak sedar dah nak penghujung tahu and the most important thing is..our marriage dah masuk tahun yang pertama.. OUR FIRSTS ANNYVERSARY.

ermmm perancangan nak sambut anniversarry maybe kat port dickson.Kota yg banyak meninggalkan sejarah dan kenangan terindah dalam perhubungan cinta kami antara aku & dia dan hanya aku dan dia sahaja yang tahu betapa istimewa nya Port Dickson.

Thursday, April 22, 2010

my pets